|
|
 |
 |
Feb 3, 2007
DoSa ZiNa DaN AkIbAtNyA.....
Zina merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina, Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus , hatta ,walaupun hanya mendekatinya. Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah:
§ Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara' (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
§ Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
§ Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
§ Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
§ Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
§ Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
§ Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina , sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
§ Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya .
§ Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki 'qalbun salim' (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
§ Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.
§ Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.
§ Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
§ Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
§ Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya , namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.
§ Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.
§ Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab), Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.
§ Pezina laki-laki berarti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.
§ Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya .
§ Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.
§ Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit ganas seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.
§ Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan. Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata:"Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:
Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fisikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.
Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina . Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.
Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikant umat.
BEBERAPA PERKARA PENTING YANG PERLU DIPERHATIKAN
Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang , demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang mealkukannya hanya sekali.
§ Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.
§ Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.
§ Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.
§ Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.
§ Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.
§ Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.
§ Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain. § Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.
BERTAUBAT
Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah 'putus asa' dalam mencari rahmat Allah.
Allah berfirman, mafhumnya:
"Dan orang-orang yang tidak menyembah ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (QS. 25:68-70)
Bahaya dan Akibat Buruk Zina
Zina merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina, Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus , hatta ,walaupun hanya mendekatinya. Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah:
§ Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara' (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
§ Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
§ Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
§ Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
§ Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
§ Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
§ Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina , sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
§ Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya .
§ Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki 'qalbun salim' (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
§ Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.
§ Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.
§ Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
§ Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
§ Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya , namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.
§ Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.
§ Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab), Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.
§ Pezina laki-laki berarti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.
§ Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya .
§ Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.
§ Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit ganas seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.
§ Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.
Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata:"Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:
Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fisikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.
Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina . Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.
Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikant umat.
BEBERAPA PERKARA PENTING YANG PERLU DIPERHATIKAN
Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang , demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang mealkukannya hanya sekali.
§ Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.
§ Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.
§ Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.
§ Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.
§ Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.
§ Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.
§ Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.
§ Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.
BERTAUBAT
Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah 'putus asa' dalam mencari rahmat Allah.
Allah berfirman, mafhumnya:
"Dan orang-orang yang tidak menyembah ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (QS. 25:68-70)
Disaring dari risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.
Posted at 07:40 pm by jasz_jb
 |  |  | azairi April 30, 2013 07:49 AM PDT
ya allah,trnyata allah msih syang ma aq.shingga aq dpat hdyah dan bsa taubat,,ya allah'dlu aq tlah brbuat dsa yg amt bsar,aq brhrap taubatku di trima ya allah'sunggh hmba amat sngat mnyesali dri smua prbuatanku.ya allah ya rabb ampunilah dsaku dan jg kwan2ku yg tlah mnysal ni ya allah.....aamiin |  |
  |  |  | Name April 21, 2013 07:54 AM PDT
aku berzina dengan suami org dan aku sebenarnya isteri orang..YA ALLAH aku tidak layak masuk syurmamu namun aku tak ingin keneraka mu... |  |
  |  |  | Name March 25, 2013 02:12 PM PDT
s |  |
  |  |  | Name March 14, 2013 06:10 AM PDT
ALLAHUAKBAR.... |  |
  |  |  | fahmi March 14, 2013 06:09 AM PDT
allahguakbar |  |
  |  |  | hamba yg hina.. March 10, 2013 09:10 AM PDT
btl x ayt ni : “Jika alat sulit lelaki itu membenam dalam alat sulit wanita secara haram, maka tercabutlah semua amalannya…” |  |
  |  |  | Nameemi February 16, 2013 02:54 AM PST
aku pernah berzina dan sampai saat ini begitu menghantui..aku merasa Allah begitu murka kepadaku dengan cara menjauhkan aku dengan pasangan zinahku.hanya kasih sayangNYA lah aku bisa kembali ada dalam PelukanNYA..lagi..aku telah menzolimi diri ini Ya Rab..jika tidak Kau ampuni aku maka sesungguhnya aku termasuk kpd hambaMU yang merugi... |  |
  |  |  | NAMA January 17, 2013 07:17 AM PST
Maaf kan hamba ya Allah |  |
  |  |  | aku yg hina January 15, 2013 06:47 AM PST
trlalu bnyk dosaku...adakah taubatku diterima?? |  |
  |  |  | Name December 10, 2012 12:54 PM PST
kalo misalkan si penzina udh taubat,tp gra2si pasangannya tu mancing2mlu si penzina trus mereka ngelakuin lg gmn tuuu?
trus boleh ga se mreka ber2 menikah?
jwab yaaaa |  |
  |  |  | Name December 10, 2012 12:52 PM PST
kalo misalkan si penzina udh taubat,tp gra2si pasangannya tu mancing2mlu si penzina trus mereka ngelakuin lg gmn tuuu?
trus boleh ga se mreka ber2 menikah?
jwab yaaaa |  |
  |  |  | Name November 5, 2012 10:09 AM PST
Buktikan hadis sahih tentang ,penzina haram untk mendapatkan bidadari di surga., |  |
  |  |  | hamba ALLAH October 17, 2012 07:16 PM PDT
aq pgend tobat,aq dh nglakuin dosa besar ini,
Ya Allah masihkh Engkau mau menerima tobat q ini |  |
  |  |  | hamba ALLAH October 17, 2012 07:13 PM PDT
aq pgend tobat,aq dh nglakuin dosa besar ini,
Ya Allah masihkh Engkau mau menerima tobat q ini |  |
  |  |  | Lila September 29, 2012 01:32 AM PDT
Allah maha mengambungkan jadi bertaubatlah sebelum terlampat.Ingat Allah boleh lihat apa - apa yng kt lakukan.Allah maha berkuasa |  |
  |  |  | ron August 26, 2012 05:49 PM PDT
tuhan maha pengampun maha pengasih maha penyayang,,,bertaubatlah.. |  |
  |  |  | no name August 23, 2012 11:45 AM PDT
berubah lah selagi pitu taubat masih terbuka.....
|  |
  |  |  | Nasir fall July 21, 2012 12:03 PM PDT
Pernah saya mendengar pencerahan dalam suatu majlis. dosa melakukan zina di bulan ramadhan akan ALLAH tanggungkan kepada sipenzina itu sampai ramadhan yang akan datang. dan jika dia mati sebelum ramadhan yang akan datang maka semua amalannya tidak akan ALLah perhitungkan........ |  |
  |  |  | ain July 2, 2012 11:20 PM PDT
mintak2 dijauhkan dari perbuatan zina..dosa zina adalah dosa besar.. |  |
  |  |  | Marsa Dan Zack June 12, 2012 08:02 AM PDT
Bertaubat itu hanya ada di bibir .
Tapi kerjakan apa yang diperintah oleh ALLAH |  |
  |  |  | NameILI December 1, 2011 07:20 AM PST
kini ank hasil zina ku sudah membesar didepan mataku,apakh ank aku akn terima hukuman diatas kesilapan ku,apa harus aku laku kn.aku pernah selingkuh tanpa aku sedari,apakh dosa aku akn diampunkn,,kini aku tidak tahu bagaimana harus aku lakukn lg.tolong la bantu la aku,dan kini aku cuba dekat kn diri pd yg ESA |  |
  |  |  | Namekaty December 1, 2011 07:11 AM PST
sampai bilakh harus aku menangung dosa zina ku di masa lalu ku,aku ingin ke jalan MU,apakh taubat ku akn diterima,hingga kini aku amat kesali diatas kesilapan ku dulu,apakh masih ada ruang utk ku pulang.TOLONG LAH HAMBA MU INI YA ALLAH,BERIKN AKU PERTUNJUKMU,SESUNGGUHNYA AKU HAMBA MU YG HINA...... |  |
  |  |  | ewan October 22, 2011 04:52 PM PDT
percayalah Allah itu maha pengasih dan penyayang ...Allah juga maha penerima taubat ... Selagi masih hidup di dunia ini .. selagi itu pintu taubat masih terbuka .... bertaubatlah dengan sebenar benar taubat ... bertaubatlah nasuha ...
InsyaAllah .... Allah menerima taubat hambanya .... dan suci ibarat bayi yang baru dilahirkan ... |  |
  |  |  | anif October 2, 2011 08:11 AM PDT
xtau,,no comment.. snang2 msj la at 0136372040....................... |  |
  |  |  | ghadis September 30, 2011 07:27 AM PDT
ye rasa bersalah trus menghantui diri dan apa yg aku tahu.. dosa zina takkan terhapus slagi hkuman hudud (100kali sebatan) tidak dijalankan? bagaimana pula jika terjerumus sejak muda lg akibat dirogol dan kemudian bila besar dirosakkan org dan lama klamaan menjadi 1 pkara yg rela wlau pd awalnya hati tak rela? |  |
  |  |  | zattara kuantan August 12, 2011 07:19 PM PDT
....banyak nye dosa aku...mcm mana nak bina kekuatan untuk bertaubat...aku dah punyai isteri n anak2,,,aku juga telah berzina dgn gf..baru2 ni timbul keinsafan dlm diri bahawa perbuatan itu tidak baik..ingin berkahwin dgn gf ttpi terlalu banyak masalah lain yg ada sehinggakan tidak boleh utk kawin..aku perlu kan seseorg utk di kongsi masalah ini..saban hari rasa bersalah menghantui diri..dah 7 thn pekara perbuatan zina aku lakukan..baru sekarang ada rasa bersalah timbul dalam diri.sebulan sebelum ramadhan..ada org ckp penzina itu dapat isteri penzina juga..ttapi isteri aku seorang yg sgt warak dan baik hati..seorang ustazah..aku kesihan pada isteri bersuami kan aku..tak adil utk dia dlm hidup ini...semakin hari semakin kusut kepala memikir kan msalah ini...usia aku hampir mencecah 40 thn....ada pendapat yang boleh di kongsi ?..tolong email pada sy d usin_72@yahoo.com.my,saya memerlukan pandangan yg baik untuk sya keluar dari rasa resah,berdosa dan sebagai nye.... |  |
  |  |  | Mia maya June 18, 2011 12:22 PM PDT
minta dijauhkan |  |
  |  |  | Name April 23, 2011 08:52 PM PDT
Insyallah kita dpt mengelakn diri dr perbuatan zina,kpd yg pnh buat hrp bertaubt.pintu taubat masih terbuka luas. |  |
  |  |  | maieyra April 12, 2011 07:38 AM PDT
ea aq xpaam ar dax2 zaman skang niey ckew cngt bezina...dh bezina pastu mengandong pastu buang bayi tu..xker mengong.. |  |

  |  |  | mizi January 9, 2011 12:13 AM PST
usaha atas iman penting |  |
  |  |  | Kawin November 15, 2010 06:23 AM PST
Kawin je bro kalo ada duit. |  |
  |  |  | AHMAD SHAH September 20, 2010 08:21 AM PDT
AKU BARU JE LEPAS LAYAN CALL GIRL MALAM TADI. HABIS RM400. NI AKU RASA KESAL. CAMANA NAK HALANG NAFSU BERGELOGAK. |  |
  |  |  | Name August 3, 2009 01:03 AM PDT
tak tau lah nak kata apa sekarang ni...zina berleluasa....tanpa had dan batas sekatan.... |  |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|