<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

aSsaLaMuaLaiKuM w.b.t SaLaM sEjAhTeRa...
hai all thanks semua sbb sudi menyinggah di blog jas..
harapan jas semoga korg semua mendapat kebaikan di sini..insyaAllah..

















If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Jun 5, 2007
LeMbAh pAnGsUnG....

salam alaik.....

da lama rasanya tak menulis....

jas mnt maaf bnyk sgt yg berlaku...tp syukur alhamdulillah akhirnya jas berjaya juga menulis...

jas mnt maaf kpd sesiapa yg menunggu tinta 2 dr jas...

untuk pengetahuan semua kali ni jas nk share pengalaman jas menjadi fasilitator (alamak betul ke ejaan aku ni?? hehehe =p )

menjadi seorang fasi sangatla seronok...tp dlm keseronokan nya mestilah ada kepenatan...bukan mudah tugas sebagai fasi ni..

sewaktu jas menjadi fasi...jas di tugaskn sebagai exco kebajikan...maknanya segala hal sakit pening semua merujuk kepada jas..

boleh dikatakn beg galas jas penuh dgn ubat2 an..da mascam first aid pny beg..hehehehe Big Smile

ke mana sahaja jas pergi mmg kena bw beg 2...

pernah satu hari 2,kul 6 pgi org ketuk pintu bilik jas sbb ada seorang bdk ni terseliuh kaki..

time 2 br lps solat subuh ingtkn nk lelapkn mata jap sat agi da kena pggl..

dgn keadaan mamai jas srg sweater n tudung terus g bilik bdk 2..

kalo dkenangkn blk mmg klaka sbb x smpt bsh mke da trs blah..hehehehe teuk kn perangai jas?? Wink

tp yg jas xleh lpe..semua bdk2 kt sna bg kerjasama spnhnya kpd jas...

jas syg sgt2 kt adik2 jas..dak2 yayasan sabah,jabatan orang asli,bdk2 kedah,bdk2 kljb n' semua..i love u all...jas harap one day kte akn bertemu lgi..jutaan terima kasih ditujukan utk semua kerana kerjasama yg diberikan oleh semua..once again love u all!!!!!!!! Wink

 

 

 


Posted at 09:27 am by jasz_jb
Make a comment  

Mar 2, 2007
tInGkAtKaN dAyA iNgAtAn.....

BEROLAHRAGA

  • aktiviti fizikal boleh membantu menguatkan jantung dan menggalakkan pergerakan otot..aktiviti sebegini boleh meningkatkan bekalan darah dan nutrisi ke otak..

 

TIDUR CUKUP

  • keletihan boleh menggangu konsentrasi dan kemampuan kamu untuk mempelajari sesuatu yang baru..namun dengan menikmati tidur yang cukup ia boleh membantu daya ingatan kamu untuk berfungsi dengan baik..

 

MENGAMALKAN PEMAKANAN SIHAT

  • ramai yang memperkatakan tentang khasiat vitamin

 

 


Posted at 06:58 am by jasz_jb
Make a comment  

Feb 24, 2007
CaRa tErBaIk BuAt PeNgAkUaN....

  • sebelum membuat pengakuan pastikan kamu tahu apa yang ingin kamu katakan dan mahu terangkan..lakukannya dengan lancar dan tidak tersekat-sekat...

 

  • sebaik2nya hanya kamu dan dia sahaja..jangan libatkan orang lain..

 

  • mulakan perbualan dengan cerita2 lain terlebih dahulu..misalnya bertanya khabar,memuji penampilannya pada wak2 itu @ andai kamu lebih pandai ceritakan cerita-cerita yang menggelikan hatinya..tetapi harus diingat cerita permulaan ini perlu ringkas namun berisi!!

 

  • kemudian sebelum mengaku mintalah maaf terlebih dahulu...misalnya,"kalau saya cakap ini harap awak tidak marah ya...ia mungkin akan menyakitkan hati awk tetapi saya betul-betul rasa bersalah dan ingin minta maaf...sebenarnya saya........"

 

  • apa2 pun yang dia akan katakan sebaiknya kamu hanya diam dan terima...dia mungkin agak emosi apabila mendengar pengakuan kamu itu..namun percayalah lama-kelamaan dia pasti boleh menerimanya....

 

  • sekiranya dia terlalu marah sebaiknya kamu tinggalkan dia sebentar untuk meredakan perasaanya....

 

  • andainya kamu pernah menceritakan sesuatu yang buruk tentang seseorang dan menyebarkan di seleruh tempat kerja @ kolej...kamu bukan sahaja pelu minta maaf dan mengaku kesilapan pada orang yang difitnah itu sahaja malah dengan semua orang yang pernah kamu cerita tentang keburukan orang itu kamu perlu juga mengakui kesilapan kamu....

 

  • setiap orang ada egonya namun dalam soal begini ketepikan dahulu ego kamu itu dan beranilah untuk mengakui setiap kesilapan yang pernah kamu lakukan...

Posted at 02:54 am by jasz_jb
Make a comment  

Feb 12, 2007
6 TiPs eLaK JaDi 'KeRa SuMbAnG'....

  • kamu tidak jujur dalam berkawan..mungkin kamu rasakan selama ini sudah cukup jujur dan ikhlas,tetapi hakikatnya sebenarnya tidak..di depan sahaja kamu berlagak seperti seorang kawan yang baik sedangkan di belakang kawan-kawan kamu sikitpun kamu tidak menghargai mereka..sekiranya kamu mahu orang sayang,hargai dan hormati kamu sebagai kawan,kamu seharusnya terlebih dahulu menyayangi,menghargai dan menghormati kawan kamu...

 

  • kamu agak kedekut dan terlalu sukar untuk berkongsi..ada sahaja alasan yang kamu berikan apabila kawan-kawan ingin meminjam barang ataupun memohon petolongan dari kamu..

 

  • kamu sering ambil kesempatan terhadap orang lain..misalnya bila kamu rasa orang tersebut baik dan mudah untuk dipergunakan kamu akan mengambil kesempatan untuk dia buat itu dan ini untuk kamu..namun jangan sangka air yang tenang tiada buaya..lama-lama kamu akan terima balasan di atas perbuatan kamu itu...

 

  • kamu seorang yang hipokrit..di depan kamu tidak pernah berkata apa-apa yang buruk tentang teman baik kamu...namun di belakangnya pantang ada cerita yang sensasi tentangnya habis kamu hebahkan ke seluruh dunia..uish3 xbaik cm 2..

 

  • kamu sering berbangga diri..mungkin kamu rasa tidak,tetapi kalau setiap kali berbual dengan orang kamulah yang paling cantik,bijak bergaya,paling kaya dan paling pandai..tidak ada orang sesempurna kamu..apa lagi kalau semua itu tidak dipanggil bangga diri wahai sahabat2 ku...

 

  • kamu tentu lantang bersuara tanpa langsung memikirkan perasaan orang yang mendengar..mungkin niat kamu hanya untuk berterus-terang tetapi bukan samua orang bersifat terbuka boleh terima sahaja apa yang di lemparkan padanya..sebab itulah orang kata kita bercakap biarlah kena pada tempat dan gayanya..

 

# jadi fikir2 kan la yee..sama ada korg termasuk dalam golongan ni ke x..kalo termasuk cbe la ubah cara korg 2..

 


Posted at 07:53 pm by jasz_jb
Make a comment  

Feb 8, 2007
uBaH sIkAp DaLaM mAsA sEmInGgU....

HARI PERTAMA

 

Kurangkan bercakap dengan orang-orang sekeliling kamu tetapi bukan bermakna kamu tidak bercampur dengan orang.Kamu hanya kurang bercakap tetapi banyakkan senyum.Bercakap apabila perlu sahaja.

 

HARI KEDUA

 

Jangan lokek untuk berikan pujian pada sesiapapun yang kamu rasakan dirinya layak diberi pujian.Tetapi pujian haruslah benar-benar ikhlas.Jangan kerana mahu mengambil hati semata-mata.

 

HARI KETIGA

 

Tunjukkan sikap kamu yang mengambil berat tentang orang-orang sekeliling kamu.Misalnya kalau ada yang sakit kamu haruslah melawatnya atau membantunya,kalau ada yang memerlukan bantuan dari segi soal kerja ataupun peribadi kamu sedia meghulurkan bantuan.Namun lakukan dengan ikhlas.Kalau rasa tidak ikhlas baik xyah tolong..Ia akan merosakkan kepercayaan org terhadap kamu..Tolong sedaya upaya kamu..

 

HARI KEEMPAT

Cuba bercampur dengan semua orang dan lakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bersama-sama dengan mereka.Namun apabila kamu bercampur jangan ulangi kesilapan kamu yang lepas-lepas.Sentiasalah bersikap sederhana.

 

HARI KELIMA

Senaraikan nama-nama orang yang pernah kamu sakiti dan kesilapan kamu padanya..kumpulkan semuanya dan kemudian kamu mintalah maaf padanya di atas sikap kamu yang lepas..tunjukkan kamu benar-benar sudah menyesal dan berharap sangat hubungan kamu dengannya akan kembali pulih serta lebih harmoni..

 

HARI KEENAM

Adakan acara makan-makan ataupun jamuan ringan..cara ini secara tidak langsung dapat merapatkan kembali hubungan kamu dengan semua orang di sekeliling kamu.Lagi meriah andainya kamu mengadakan majlis ini sempena majlis hari jadi kamu ataupun hari jadi seorang teman yang memang menjadi favourite semua orang..sudah pastinya ramai yang datangkn? ... inilah peluang kamu untuk berbaik-baik dengan semua orang..

 

HARI KETUJUH

Jadilah orang yang paling ceria dan tidak pernah bawa masalah serta mudah untuk bertolak ansur..mungkin susah untuk kamu buang semua ego kamu selama ini tetapi cara yg mudah kamu sentiasa fikir setiap orang ada caranya tersendiri..kamu tidak boleh paksa orang lain jadi diri kamu dan orang lain juga tidak boleh paksa kamu jadi diri mereka..jadi biarlah orang lain mahu buat apa yg mereka suka dan mahu kata apa yg mereka ingin kata..apa yg lebih penting hubungan kamu dengan semua orang tidak akan terjejas....


Posted at 08:13 am by jasz_jb
Make a comment  

9 tIpS rAiH cInTa bArU...

AZAM

Setiap kali kamu mahu berubah pertama sekali kamu perlu ada azam untuk melakukannya.Begitu juga dalam bab cinta.Tanam azam untuk terus melupakan si dia dan buka hati kamu untuk menerima orang lain.

 

KUBURKAN SEGALA KENANGAN

Buang semua kenangan antara kamu dan dia.Nombor telefonnya,mesej-mesej,surat-surat cintanya dan hadiah-hadiah pemberiannya.Jangan ada satu pun kamu simpan.Ini kerana untuk mengelak ia akan menjadi penghalang untuk kamu menerima orang lain.

 

BERSOSIAL

Sekiranya ada masa terluang,apa kata kamu keluar bersosial dengan teman-teman.Buka pandangan kamu agar tidak melihat hanya pada seorang lelaki sahaja.Bila kamu bercampur dan berkawan barulah kamu akan tahu sebenarnya dunia ini luas dan banyak pilihan.Tidaklah hanya bergantung pada seorang sahaja.

 

BERCHATTING

Berchatting sering di kaitkan dengan sesuatu yang negatif.Namun kalau sekali sekala kita lihat dari sudut positifnya.Dengan cara berchatting jugalah telah menemukan banyak pasangan kekasih dan bahagia sampai ke jinjang pelamin.Jadi kesimpulannya kamu boleh berchatting tetapi hati-hati jangan sampai tertipu!!

 

BERCUTI @ MELANCONG

Bercuti memang dapat meredakan segala tekanan dan dapat lari dari semua masalah.Oleh itu bawalah diri kamu berehat sebentar dengan bercuti di tempat-tempat yang tenang membolehkan kamu berfikir dan melupakan terus si dia.

 

MEMBACA

Setengah orang agak malas membaca tetapi percayalah dengan membaca kamu dapat membuka fikiran kamu luas-luas dan boleh berfikir dengan lebih matang terutama bila kamu membaca buku-buku yang boleh memotivasikan diri.Secara tidak langsung juga dapat menambah pengetahuan tentang cinta.

 

BERSUKAN

Luangkan sedikit masa mu untuk bersukan dan beriadah.Selain mendapatkan tubuh badan yang sentiasa segar masa terluang kamu juga terisi dengan sesuatu yang lebih berfaedah.Kemudian manalah tahu sedang asyik kamu berjoging dapat bertemu dengan cinta baru.

 

MENARI @ MENYANYI

Bagi yang meminati bidang seni apa kata kamu pergi berkaraoke ataupun mengisi masa terluang dengan mengikuti latihan menari.Membuat sesuatu perkara yang kamu suka dapat menjadikan kamu lebih menghargai diri dan bertambah yakin kamu layak untuk terus di cintai.

 

UBAH IMEJ

Ini adalah yang paling penting.Kebiasaannya orang yang gagal bercinta penampilannya agak berserabut dan kurang terurus.Kamu perlu ubah imej kamu agar nampak lebih segar dan lain dari sebelumnya.Misalnya,mungkin kalau perlu kamu menggunting rambut.Ataupun ubah cara kamu berpakaian agar nampak lebih bergaya dan "trendy".Bukan mahu menunjuk-nunjuk tetapi bagi memberi kepuasan pada diri.Di samping itu juga dapat menambah keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain.

 

 


Posted at 05:49 am by jasz_jb
Comment (1)  

Feb 6, 2007
PeTuA BaHaGiA...

A. Petua Menjaga Hati Isteri

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi. 

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.


B. Petua Mencurahkan Jalinan Kasih

1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.

2. Buktikan kasih sayang daripada suami
   - Hadiah dan penghargaan
   - Senyuman
   - Perbualan mesra
   - Gurauan
   - Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah
   - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain.

3. Sentuhan sayang
   - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan  
      tujuh hari sekali.
   - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan
     kepada isteri apabila dirangsang suami.

4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat
   - Suami sebagai contoh bagi isteri
   - Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
   - Suami sebagai tempat bergantung
   - Sumber semangat dan kekuatan
   - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa.

5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.


C. Petua Mengetahui Cinta Pasangan Hidup

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti dibawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :

1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.

2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.

3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkahlaku yang lemah lembut setiap hari, Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain.

6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.

7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.

10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.

11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.

12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.


D. Petua Menjadi lelaki Pilihan

Ciri-Ciri Lelaki Pilihan

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri


Lelaki Pilihan Wanita

01. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
02. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
03. Berpendirian teguh
04. Bersikap terbuka dan matang
05. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
06. Mempunyai sifat kepemimpinan.
07. Boleh berbincang dan berterus terang

08. Penyabar
09. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.


E. Petua Menghadapi Pertengkaran

Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.

Hakikat Pertengkaran

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya. 

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.


Petua-Petua Menghadapi Pertengkaran

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana.

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:-
"Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran
kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri. 

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena inia akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.


F. Petua Memilih Wanita Idaman Atau Perempuan

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.

Calon-calon isteri pilihan.
1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.

Sebenarnya masih terlalu banyak tujuan perkahwinan menurut ajaran Islam, namun secara amnya perkahwinan atau pernikahan menurut Islam antara lain bertujuan:
1. Menjamin proses kehidupan manusia
2. Memelihara masyarakat dari kehancuran budi pekerti
3. Mewujudkan ketenangan rohani bagi pasangan suami isteri

 


 


Posted at 09:43 pm by jasz_jb
Make a comment  

rAhSiA bAhAsA BaDaN sI DiA..

Rahsia bahasa badan si dia.Gerak-geri dapat menggambarkan satu perasaan yang sukar untuk diungkap oleh kata-kata.Percayakah kamu tentang ungkapan itu? Ibarat pepatah Melayu, 'Sekilas ikan di air, sudah tahu yang mana jantan, yang mana betina'. Renungan mata seseorang mampu menggambarkan perasaannya pada kamu. Sama ada si dia suka atau tidak pada kamu. Kalau suka, renungannya pasti kelihatan jernih, cerah, ceria dan mata terbuka luas lantas mampu menyatakan perasaan yang berbuku di dalam hati.
Jika si dia merenung dengan pandangan tajam dan berkerut dahinya, maka awaslah! Kemungkinan si dia kurang menyenangi sikap ataupun tingkah laku kamu. Kalau betul dia tidak suka pada kamu, memandang wajah kamu pun sudah tidak mahu lagi. Bukan itu saja terdapat pelbagai lagi gerak-geri badan yang boleh berlaku tanpa disedari dan boleh membongkarkan sikap atau peribadi seseorang.Contohnya, di tempat kerja/sekolah, ada seorang jejaka yang menaruh hati pada kamu tapi tidak berterus-terang. Mungkin dia takut jikalau kamu sudah berpunya ataupun malas nak layan perasaan cinta, cuba perhatikan tingkah laku si dia. Terutamanya bila kamu berhadapan dengan dia. Bagaimana reaksi dan pandangan matanya. Hah! tentu lain bukan. Mungkin dari renungan mata yang tajam sambil melemparkan sebuah senyuman yang bisa menggegarkan jantung, boleh menyatakan sesuatu. Tapi bagi lelaki yang berani, tentu saja dia sudah meluahkan apa yang terpendam. Adakah si gadis sudi bertakhta di hati ataupun sebaliknya, tidak menjadi masalah baginya.

Komunikasi Menurut pakar psikiatri, komunikasi sesama manusia terbahagi kepada dua iaitu verbal (percakapan) dan non-verbal (bahasa badan). Komunikasi secara face to face mudah untuk difahami, lebih-lebih lagi secara straight forward (berterus-terang). Manakala komunikasi secara non-verbal adalah seperti penggunaan tangan, lirikan mata dan pergerakan anggota badan yang lain yang kebanyakannya berlaku tanpa disedari.

Dalam kes ingin meluahkan perasaan tanpa berkata-kata, selalunya lirikan mata dan senyuman mampu membantu kamu meluahkan apa yang terpendam. Lebih-lebih lagi bagi kamu yang sukar untuk menyusun ayat dan mengungkapkan kata-kata cinta pada si dia. Terutamanya bagi perempuan. Yelah..takkan nak mulakan dulu. Tapi bagi kamu yang berani, apa salahnya. Zaman sekarang ni, kalau perempuan yang masuk meminang lelaki pun tak menjadi masalah. Cuma.. antara sanggup atau tidak saja? Bahasa badan boleh menjadikan komunikasi antara kamu dan si dia lebih menarik lagi. Bahasa badan yang berlaku secara spontan bukan direka-reka dan amat sukar untuk menipu kerana gerak-geri yang terhasil boleh membongkar rahsia di sebaliknya. Sebab itulah, jangan kamu terkejut jika ada orang yang boleh mengetahui isi hati yang terpendam selama ini.

Rahsia pergerakan Pasangan lelaki dan perempuan memiliki pergerakan tertentu yang serupa dan ada kalanya berbeza. Jika tertarik antara satu sama lain dan apabila mereka berdekatan atau rapat, secara tidak langsung berlaku satu perubahan terhadap otot di anggota badan. Otot-otot akan menegang dan mengembang seperti di bahagian dada dan pipi. Manakala di bahagian perut pula akan mengempis. Kiranya kecut perutlah!

Jika bagi lelaki yang inginkan perhatian daripada gadis yang diminati, dia akan cuba berlagak macho dan menyerlahkan sifat-sifat kelakiannya. Gaya jalan, bercakap dan reaksi muka mampu menggambarkan emosinya pada waktu itu. Bahasa badan lelaki nampak lebih kasar sedikit. Sesuai dengan perwatakan mereka yang gentleman dan macho. Mereka sering menonjolkan daya tarikan seks, contohnya dengan meletakkan ibu jari di kedua-dua belah poket seluar.

Bagi seorang gadis pula, ada caranya untuk mendapatkan perhatian pada jejaka yang diminati. Mereka suka pusingkan kepala supaya rambut yang panjang mengurai turut beralun. Apabila berhadapan dengan lelaki yang diminati , ada yang suka memintal-mintalkan hujung rambut, memeluk tubuh sambil menggerakkan badannya sedikit, bercakap dengan suara yang bergetar ataupun lunak, merenung ke arah lelaki tersebut dengan jelingan manja dan mengambil berat.

Tips mengenali bahasa tubuh si dia Lelaki :

1) Control macho
2) Berjalan sambil meletakkan tangan ke dalam poket
3) Mata sering memfokuskan pada si dia
4) Mengusap-usap dagunya sambil memerhatikan si dia
5) Angkat kening sebelah bila bertembung dengan si dia sambil melemparkan
senyuman
6) Bergaya dengan mendada serta mencekak pinggang supaya terserlah sifat-sifat
kelakian
7) Membetulkan rambut supaya kelihatan kemas dan rapi
8) Membaiki kolar baju dan lipatan lengan
9) Bila berjalan/bergambar dalam berkumpulan, akan sentiasa mahu bersebelahan
dengan si dia
10) Bertepuk tampar dan cubit-cubitan yang masih ada batasan terutamanya bagi lelaki dan perempuan adalah lumrah biasa dalam pergaulan kita dengan kengkawan yang lain, tetapi... seseorang lelaki itu tidak akan bergurau dengan cara menyentuh walaupun seinci pada tubuh gadis yang disukainya berbanding dengan teman-teman wanitanya yang lain. Malu dan hormatlah konon....

Tips mengenali bahasa tubuh si dia Perempuan :

1) Cepat-cepat melarikan mata bila pandangan bertembung
2) Control ayu!
3) Mencuri-curi pandang pada si dia
4) Muka merah padam bila si dia mengusik ataupun menyapa
5) Kaki akan disilangkan dan bertukar-tukar ketika berbual
6) Apabila duduk, kaki akan menghala ke arah yang sama dengan si dia
7) Bagi yang berambut pendek, akan menyelitkan rambut depan ke telinga supaya
tidak nampak terjurai
8)Punggung akan ditonjolkan dengan meliuk-lentuk ketika bercakap ataupun
berdepan dengan si dia
9)Bibir sedikit terbuka, agak basah, membesar sedikit dan menjadi merah
10)Gelisah dan tidak senang duduk. Lebih-lebih lagi bila si dia berada di hadapan
mata.Adakalanya sampai kerja yang dilakukan tidak menjadi.


Posted at 09:42 pm by jasz_jb
Make a comment  

mEnJaGa AkHlAk SeMaSa BeRcInTa...

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran".


ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah kemaksiatan dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjang pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1. Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2. Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3. Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum per-kahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5. Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan 'cinta terlarang' mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.
Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan 'berdarah manis' kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan. Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum 'halal' untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran". Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia. Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Budha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan. Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.





Posted at 09:33 pm by jasz_jb
Make a comment  

MoTiVaSi..

Lelaki Bagaimanakah Yang Anda Mahu?
Oleh Dr.Hm Tuah Iskandar Al-Haj

Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis harijadi.Jika baju,tak suka yang itu,pilih saja yang ini.Kalau warnanya seperti tidak match,pilih saja warna yang lain.

Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai,baik dan serasi?Persoalan ini memang patui menghantui setiap orang sebab tersalah pilih,hidup akan menjadi tidak amat selesa.Macam-macam perkara boleh ditimbulkanoleh sang lelaki,tatkala dia sudah pun bergelar suami.Tidak semudah
menukar baju jika ingin lari darinya.Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.

Jika anda mendapat lelaki yang okey,segala segi,anda sangat beruntung.Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan.Tetapi jika anda mendapat lelaki tidak okey,segala segi,ibarat anda telah menghampiri 'neraka dunia'.

Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:

1.Bagaimana agamanya
Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama,(terutama sembahyang fardu),usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya.Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya,tetapi haluan menuju ketuhanan,dia bukanlah pilihan terbaik.Betul,bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik,tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas.Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia,maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat.Soal ini tiada siapa terkecuali.

2.Bagaimana dia melayani ibu bapanya
Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya.Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini.Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda,dia bukanlah seorang family man,lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan.Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.

3.Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda
Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan 'tidak boleh' sebelum masanya,
dia bukanlah lelaki yang terbaik.Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang membawa kemurkaan TUHAN.Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta.Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati,tetapi tidak usah hingga terkorban diri.Ingat,wanita ibarat rama-rama,selagi warna sayapnya tidak terurai,selagi itulah dia diminati dan disayangi.

4.Bagaimana keluarga melayaninya
Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya.Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda.Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya.Jika keluarga baik terhadapnya,itu menandakan dia baik terhadap keluarga.

5.Siapa sahabatnya
Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya.Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya.Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap,dia juga sama.Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak,dia juga mungkin tidak terkecuali.

6.Apakah kegiatan hidupnya
Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan,usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya,maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya.Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya.Pastikan dia mempunya pekerjaan,tidak semestinya makan gaji,perniagaan juga baik.Pertanian,perladangan,penternakan dan juga perikanan juga baik.Semua itu bidang pekerjaan yang mulia.Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan,kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan,pemalas bahkan penagih dadah.Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya,selagi halal,adalah mulia di sisi ALLAH.

7.Lihatlah diri anda sendiri
Lihatlah diri anda sendiri.Bagaimana lelaki yang ada inginkan begitulah diri anda sebenarnya.Jika anda memiliki akhlak yang baik,dia semestinya juga begitu.Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.

8.Semaklah dirinya berpandukan Formula 3E
Ada 3 pecahan daripada formula 3E yang boleh anda suaikan dengan peribadi dan perwatakannya :

i.Lihat sifat-sifat semula jadi serta perwatakan (negatif dan positif) melalui bulan kelahirannya.Misalnya jika dia dilahirkan pada bulan Mac,biasanya (tak wajib betul harus salah) dia seorang yang mudah merajuk,seorang perasa,baik,sensitif,romantik,tahu membalas jasa,bijak,boleh menyelesaikan masalah orang,penyayang serta setia apabila bercinta.Negatifnya dia seorang yang suka berangan-angan dan kadang-kadang sangat pemalas.Pengetahuan anda terhadap perwatakan-perwatakan sebegini memudahkan anda mengenali sifat-sifatnya.

ii.Lihat tarikh lahirnya dan buat kiraan tertentu.Setiap angka dari 1 hingga 9 boleh menerangkan wawasannya.Kita boleh membaca fikiran orang sekiranya kita tahu angka peribadinya.

iii.Kenali warna kegemarannya dan dapatkan definisinya.

Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta.Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin.Lelaki bagaimanakah yang anda inginkan?Pilih,kemudian tafsir,renung dan fikir,usah suka,terus ambil kemudian kahwin lalu menderita.Anda mampu mengubahnya.


Posted at 09:12 pm by jasz_jb
Make a comment  

Previous Page Next Page